Sunday, May 26, 2013

Perkara-Perkara Hebat Di Kok Pasir...

Tidak ketinggalan,Kok Pasir Juga mempunyai beberapa perkara yang unik dan membuatkannya terkaneal di seluruh pelosok negeri..


  • Ulama Nusantara Kelantan,Tok Selehor

                              
tokoh Kok Pasir

TOK Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, yang juga berasal dari Kelantan dan lebih tua sedikit daripada Tok Selehor. Tok Kenali lahir pada tahun 1287 H/1871 M, wafat pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Sahabatnya pula ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor (lahir di Ban Sim Dip, Bangkok, tahun 1293 H/1876 M, wafat di Mekah al-Mukarramah, hari Rabu, 6 Rabiulawal 1376 H/10 Oktober 1956 M), Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok (lahir tahun 1277 H/1860 M, wafat pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 H/27 Julai 1953 M), dan ramai lagi yang belum dibicarakan dalam artikel ini.

Tok Selehor memulai jihad keilmuannya belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik, Sungai Pinang Kelantan. Kemudian memondok di Patani selama tujuh tahun, belajar kepada Tuan Guru Haji Abdur Rasyid di Kuala Bekah dan Tuan Guru Haji Abdulah di Tok Jum. Tok Selehor belajar di Mekah selama 18 tahun. Di antara gurunya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani wafat, beliau masih tetap belajar kepada ayah saudara Syeikh Wan Ahmad al-Fathani, iaitu Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud al-Fathani), mendalami ilmu-ilmu alat Arabiyah, ilmu fikah Mazhab Syafie, dan ilmu qiraat yang berbagai-bagai. Tok Selehor mulai membuka pengajian pondok tahun 1340 H/1921 M.

                           
Suluk tempat Tok Selehor bertapa

Ruangan Bawah Tanah di bawah Suluk

Info Pondok Tok selehor

Industri di Kok Pasir

Kok Pasir sememangnya sebuah kampung yang maju searus dengan negara kita Maaysia yang sedang membangun..Buktinya,terdapat banyak industri yang dijalankan di sini.


  • Industri Tempa Besi
Encik Yudin selalu sibuk dek permintaan dari penduduk Kok Pasir dan sekitarnya
  • Industri Penternakan Itik
Industri itik di Kok Pasir

                       Itulah antara beberapa contoh indutri di Kok Pasir.Banyak lagi industri yang semakin giat dibangunkan di Kok Pasir untuk terus menjadikan Kok Pasir sebagai sebuah Kampung Contoh..insyaalah!




Saturday, May 25, 2013

Ku Cinta Kok Pasir!

jom,kawan!

         mari jelajah kampung saya...
KG.KOK PASIR!

  • Kampung yang indah permai ini terletak kira-kira 10 km dari bandar Tumpat dan 18 km dari bandar Kota Bharu.Keluasannya agak luas iaitu kira-kira 270 ekar.

peta kg.kok pasir
  • Antara kampung-kampung sekitar Kok Pasir ialah Kg.belian,Kg.Kok Keli, dan Kg. Hutan Jambu.
  • Menurut penduduk-penduduk asal kampung ini,kampung ini telah wujud kira-kira sejak  1830-an dahulu..kini,jumlah penduduk di kampung ini telah mencecah melebihi 3000 orang.